Apabila saya kembali ke tanah air dan diminta mengajar teori kuantum (pengkhususan saya), banyak yang saya perlu terjemahkan istilah dalam teori tersebut. Ketika itu, saya bergantung hampir sepenuhnya kepada Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekiranya tiada istilah yang saya rasa sesuai, saya akan rujuk kepada buku istilah yang diterbitkan oleh Penerbit UKM. Memang ada juga istilah yang saya rasa kurang sesuai apabila kita fahami konteks atau teori yang terlibat tapi lazimnya saya akan ketepi persoalan ini seboleh mungkin.
Dalam sedekad kebelakangan ini, terfikir juga saya untuk menukarkan istilah kuantum kepada quantum. Bukan kerana istilah ini lebih dekat dengan perkataan Inggerisnya, tetapi kerana ingin mengayakan bahasa Melayu dengan lebih banyak perkataan menggunakan huruf 'q' dan tidak lebih dari itu. Terfikir juga bahawa dalam bahasa Arab ia lebih dekat dengan penggunaan huruf 'qaf' (ق). Rasanya kebanyakan perkataan yang bermula dengan qaf turut ditukarkan kepada huruf 'k' kecuali beberapa perkataan.
Bagaimanakah perkataan quantum diterjemahkan dalam bahasa Arab? Menurut laman web ini, ia diterjemah sebagai نَظَريّة الكَمِّ dengan كَمّ sebagai istilah kuantum, iaitu menggunakan huruf kaf (ك). Dengan itu, berdasarkan huruf, mungkin lebih baik istilah 'kuantum' sahaja.
Apakah pandangan pembaca atau lebih baik lagi pakar bahasa?
No comments:
Post a Comment